Pengantin Sg Petani Popular Seluruh Negara Sekelip Mata

Media sosial Facebook sejak dari semalam viral dengan gambar pasangan pengantin dari Sungai Petani, Kedah yang dikatakan pasangan paling muda pernah dilihat.

Pengguna Facebook, Atikah Farisyaa yang juga kakak kepada pengantin lelaki, memuat naik gambar majlis persandingan pengantin tersebut, yang telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Dikhabarkan, pengantin lelaki baru berusia 20 tahun, manakala pengantin perempuan 19 tahun.

Rata-rata pengguna media sosial seakan tidak percaya dengan usia mereka setelah melihat gambar pengantin terutamanya pengantin lelaki.


“Untunglah kahwin muda. Umur 40, anak-anak dah besar dan kerja. Pengantin lelaki baby face gila!” kata Rizal Hakimm.

Bahkan, 20 tahun yang dikatakan usia pengantin lelaki turut dipersoalkan netizen dengan mengatakan ianya terlalu tua buat lelaki berwajah remaja terbabit.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kritikan atau sindiran sewaktu kami melihat di ruangan komen.

Menurut Atikah, adik lelakinya itu menghidap penyakit thalasemia major yang menyebabkan tumbesaran penghidapnya terbantut.


Atikah juga mempunyai penyakit yang sama dengan adiknya itu, tetapi dia kelihatan normal seperti orang dewasa lain.

Maka tidak hairanlah mengapa wajah pengantin lelaki tersebut kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenarnya.


Jadi, usahlah mempertikaikan kemampuan dan raut wajah pengantin lelaki yang nampak seperti kebudak-budakan itu.

Perbuatan mempersoal ciptaan Allah SWT hanya menyebabkan kita yang normal ini menjadi bongkak dan angkuh dengan kesempurnaan yang diberi olehNya.

Selamat pengantin baru dari kami, Kedahnews.com!