Pegawai Trafik Wanita Tinggi Suara Lepas Dipanggil "Stupid"


SEJAK Ahad lalu, video memaparkan seorang pegawai trafik wanita naik angin hingga menepuk meja dengan tangannya telah mula tersebar di laman sosial.

Berdasarkan suara percakapan dalam rakaman, penjawat awam berkenaan mula meninggikan suara apabila individu yang datang mahu membuat laporan enggan menerima tegurannya supaya cuma seorang sahaja yang boleh berada di kaunter.

Pengadu menjelaskan teman wanitanya itu merupakan penumpang sebelah ketika kemalangan yang mahu dilapornya itu berlaku namun pegawai trafik terbabit berkata, dia ada terdengar wanita itu memanggilnya ‘stupid’.

Difahamkan juga bahawa pengadu didengar bertanya kepada pegawai trafik itu mengapa dia mesti naik angin tanpa sebab dan dengan suara tinggi.

Pegawai trafik terbabit yang menyedari aksinya dirakam turut mempertikaikan mengapa rakaman video tidak dibuat dari mula lagi, sebelum dia marah dan menyuruh pengadu membuat laporan di balai polis lain.

Dipercayai, rakaman menggunakan telefon bimbit ini dibuat oleh teman wanita kepada pengadu.

Kejadian dikatakan berlaku di Balai Polis USJ8, Subang Jaya. –Kedahnews.com

Cuba bayangkan jika dok kat tempat akak polis ni... bagitau elok-elok, taknak dengar.. lepas tu maki pulak kita ni "stupid"... hmmm.. alahai... kena maki satu hal, maruah dipijak satu hal.. kena terima pulak laporan yang maki tu... sabar je la kak oiii...P/s: Lepas ni PDRM kena letak syarat sapa nak jadi polis mesti kena "TAHAN MAKI"..
Posted by Kedahnews.com on Tuesday, March 15, 2016