Chance Ward |
Tidak peduli dengan pandangan pihak luar padanya, seorang pelajar lelaki, Chance Ward, telah diangkat sebagai wira oleh rakan-rakan perempuannya atas tindakan baik hatinya menjaga "kebajikan" mereka.
Semuanya gara-gara ikrar yang dibuat oleh Chance sendiri untuk menyediakan tampon (tuala wanita) kepada pelajar perempuan jika datang bulan.
Chance, yang menuntut di California, telah membuat pengumuman itu dalam Facebook miliknya.
“Ketika di gim hari ini apabila seorang budak perempuan di sebelah saya telah meminta tampon kepada rakan perempuannya namun dia berasa malu apabila saya mendengar perbualan mereka.
“Saya kemudiannya membuka beg dan memberikan tampon kepadanya,’’ katanya.
Chance turut meminta supaya rakan-rakan perempuannya tidak berasa malu ketika mereka datang bulan.
“Jangan berasa malu untuk minta (tampon). Jangan rasa malu kerana menjadi manusia,’’ katanya.
Tulisannya dalam Facebook itu kemudiannya mendapat lebih 30,000 `likes’ dan Chance turut mendapat sanjungan kaum wanita.
Dia telah dijadikan contoh dan rakan-rakan perempuannya turut meminta lelaki lain mencontohi Chance. -Kedahnews.com