Amelina |
Ratu dangdut tanah air, Amelina mengakui bahawa ketika awal kemunculan semulanya dalam industri hiburan negara, ada segelintir peminat lelaki yang cuba mendekatinya.
Tetapi, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin menjelaskan bahawa dia menganggap itu semua sebegai usikan dan gurauan dari peminatnya.
“Ada yang cuba mengurat, tapi saya sudah berusia 41 tahun dan anak pun ada 6 orang takkanlah ada yang nak lagi, mungkin mereka bergurau.”
Tambah Amelina yang berasal dari Negeri Sembilan itu juga mahu fokus dan memberikan yang terbaik kepada kerjaya. Dan dia juga tidak mahu mengabaikan anak serta ibunya.
“Orang di sekeliling saya banyak memberikan nasihat, teguran dan ada juga yang ‘brainwash’ saya dengan apa yang saya lakukan. Dari situ saya dapat kenal pasti yang mana baik dan buruk”
“Dengan usia yang sudah menjangkau pertengahan ini, saya hanya mahu fokus kepada kerjaya dan keenam-enam anak saya yang sedang membesar” katanya pada Majlis Pelantikan Amelina sebagai duta Pewarna Rambut D’Herbs baru-baru ini. –Kedahnews.com