Pemuda Dukung Warga Emas Lintas Jalan Jadi Tumpuan Netizen


TINDAKAN seorang pemuda di China sanggup mengendong warga emas menyeberangi jalan menjadi viral menerusi laman sosial di negara itu baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku itu secara kebetulan telah dirakam oleh seorang pemandu  kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran tempat kejadian tersebut.

vlcsnap-2016-03-09-15h00m25s948

Menurut laporan Wuhan Evening Daily, video yang berdurasi selama satu minit lebih itu sempat dirakam di persimpangan jalan di Longyan wilayah Fujian.

Lelaki muda itu pada mulanya berjalan di samping warga emas tersebut mendapati wanita berkenaan bertungkus lumus untuk menyeberangi jalan raya itu.

vlcsnap-2016-03-09-15h00m31s652

Dia kemudian bertindak mengangkat warga emas itu menggunakan kedua-dua tangannya dan membawa wanita itu pantas menyeberangi jalan tersebut.

Ternyata, kemurnian dan kebaikan pemudaitu menyentuh hati netizen yang melihat video terbabit. Tidak dapat dipastikan sama ada pemuda dan wanita berkenaan ada hubungan tali persaudaraan atau pun tidak.

vlcsnap-2016-03-09-15h01m10s643
Ada yang berpendapat itu merupakan tindakan ‘spontan’ pemuda berkenaan untuk bantu mereka yang dalam kesusahan malah ada mengatakan itulah sepatutnya seorang anak lakukan terhadap ibu bapanya.

Tindakan pemuda terbabit, meyakinkan lagi bahawa masih terdapat naluri kemanusiaan dan sifat simpati terhadap yang memerlukan dalam diri muda mudi moden di China hari ini. –Kedahnews.com