Pencipta Asal Robot Star Wars R2-D2 Meninggal Dunia

Prof Tony Dyson
PENCIPTA asal robot R2-D2 dalam filem Star Wars, Prof Tony Dyson dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun di rumahnya.

Mayatnya ditemui polis selepas seorang jiran menghubungi pihak berkuasa susulan pintu depan rumahnya yang terbuka.

Bedah siasat sedang dijalankan bagi mengesan punca kematian.

Prof Dyson menerima komisien untuk membuat lapan robot R2-D2 untuk siri filem itu.


Rupa R2-D2 pula dicipta oleh pereka konsep, Ralph McQuarrie yang juga mencipta Darth Vader, Chewbacca dan C-3PO.

Selain itu, Prof Dyson turut terlibat dalam filem Superman ll, Moonraker dan Dragon Slayer serta dicalonkan dalam anugerah Emmy atas pemantauan kesan-kesan khas untuk filemnya.


Bagi filem aksi James Bond, Moonraker (1979), Prof Dyson mencipta 36 model angkasawan yang lengkap dengan beg belakang, pistol laser dan pakaian angkasawan untuk babak di angkasa lepas.

Beliau juga mereka dan mencipta robot untuk beberapa syarikat elektorik terkenal di dunia seperti Sony, Philips dan Toshiba. – BBC