Pengantin Perempuan Bawa Kucing Jadi "Saksi" Akad Nikah...

Kami yakin hanya mereka yang cintakan kucing saja yang akan mengerti perasaan sayang terhadap haiwan peliharaan yang comel itu.

Fathirah Daemi telah memasang niat untuk kucing kesayangannya hadir pada majlis perkahwinannya.


Beberapa bulan sebelum tiba majlis perkahwinannya, Fatirah telah menempah sepasang baju Melayu untuk kucing kesayangannya, dan baju itu juga mengikut tema perkahwinannya berwarna silver atau perak.

“Tak susah nak pakaikan Abamboy baju, sebab dia memang berbaju kalau keluar dari rumah.”


Menurut Fathirah, dia sudah membela Abamboy sejak lahir hingga kini ia berusia 6 tahun. Walau bagaimanapun, Abamboy pernah hilang sewaktu umurnya satu tahun.

Apabila berjumpa kembali Fathirah dapati tulang belakang kucingnya telah patah. Mungkin Abamboy terjatuh dari tempat yang tinggi ataupun telah dipukul oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.


Akibat dari kecederaan itu, Abamboy telah disahkan lumpuh dari pinggang ke bawah dan juga mempunyai penyakit kerosakkan buah pinggang.

Fathirah menjaga kucingnya tanpa berputus asa sehingga kucingnya itu boleh berjalan walaupun hanya menggunakan kaki depannya.


Sewaktu majlis pernikahan Fathirah berlangsung, Abamboy diletakkan di atas bantal yang telah disediakan untuknya.

“Semasa tok kadi membaca doa, Abamboy mula meng-iaw seolah-oleh mengaminkan bacaan tersebut. Suara Abamboy memenuhi ruang surau tersebut.” katanya. –Kedahnews.com