Penyokong Anwar Dihalang Dengar Bicara, Yang Terlibat Sahaja

Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang daripada menghadiri pendengaran permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.

Berdasarkan notis yang dipaparkan di papan notis Mahkamah Tinggi di sini, dinyatakan bahawa hanya peguam dan pihak-pihak yang terlibat dalam permohonan itu dibenarkan masuk.

Bekas Ketua Pembangkang itu meminta Lembaga Pengampunan mengkaji semula keputusan untuk tidak memberinya pengampunan atas kesalahan meliwat.

Para penyokong menunggu selama berjam-jam untuk melihat kemunculan Anwar namun kecewa selepas dimaklumkan bahawa Hakim Nor Bee Ariffin akan mendengar permohonan itu  secara tertutup.

Beliau menetapkan 4 April untuk mendengar permohonan itu.

Sumber: mStar