Perkahwinan Termahal Dalam Sejarah Telan Belanja RM3.9 Bilion

MOSCOW - Majlis perkahwinan anak kepada bilionaire Rusia, Said Gutseriev, 28 dengan pelajar berusia 20 tahun, Khadija Uzhakhovs di Moscow minggu lalu mencatat sejarah dunia apabila dilaporkan telah menelan belanja sehingga  USD$ 1b (RM3.9b).

Menurut sumber, majlis gilang gemilang tersebut dihiburkan oleh penyanyi terkenal Jennifer Lopez dan Enrique Iglesias, serta telah diadakan di sebuah restoran mewah yang eksklusif di sini.

Pengantin turut mengenakan gaun perkahwinan yang dianggarkan bernilai  USD$25,000 (RM98,177) yang diimport khas dari Paris dan mempunyai berat 11 kilogram.
Khadija Uzhakhovs
Pasangan itu telah diraikan oleh 600 tetamu yang dijamu dengan masakan eropah, sushi dan kek perkahwinan setinggi lapan tingkat yang dihiasi bunga merah jambu.

Difahamkan bahawa jutawan tersebut, Mikhail Gutseriev adalah seorang Muslim kelahiran Kazakhstan yang mempunyai kekayaan bernilai USD$6.2b (RM24.3b),  menurut majalah Forbes.

Pengantin perempuan merupakan pelajar tahun pertama di Moscow State University dalam bidang perubatan dan pergigian.

Manakala pengantin lelaki pula, Said dilahirkan pada tahun 1988 dan mendapat pendidikan di Harrow dan Universiti Oxford dalam bidang arkeologi dan geologi. -Kedahnews.com