Norshahida (lima, kanan) bersama peserta program membuat laporan polis |
BALING - Persatuan Solidariti Nasional (Persona) mahu segelintir pihak menghentikan tohmahan dan menyalahkan persatuan itu berhubung isu Program Pemandu Prihatin 2015.
Presiden Persona Kebangsaan, Norshahida Salleh berkata, pihaknya dipandang serong oleh segelintir masyarakat hanya kerana status mereka sebagai penganjur bersama.
Menurutnya, biarpun status persatuan itu dengan Dana CSR Kifayah Korporat untuk Amal adalah penganjur bersama, Persona tidak terlibat dengan kutipan wang pendaftaran peserta berjumlah RM50 bagi setiap seorang.
“Persona hanya memberi kerjasama kepada penganjur utama dengan niat ingin membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan lesen dengan bayaran hanya RM50.
“Bagi membela nasib mereka yang teraniaya, pihak saya dan 20 peserta program berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling petang kelmarin,” katanya, kelmarin.
Terdahulu, 13,000 peserta dari seluruh Kedah termasuk dari daerah ini yang membayar wang penyertaan sebanyak RM50 bagi setiap seorang terpaksa berputih mata apabila program yang dijanjikan oleh penganjur utama iaitu Dana CSR Kifayah Korporat Untuk Amal tidak berjaya dijalankan.
Norshahida berkata, masalah itu timbul apabila pihak Dana CSR Kifayah Korporat Untuk Amal tidak dapat melaksanakan program itu dalam tempoh dua bulan selepas bayaran dibuat seperti dimaklumkan.
“Pihak tersebut berjanji mahu menghantar peserta ikuti kursus memandu dalam tempoh dua bulan, tetapi perkara itu tidak dapat diteruskan kerana permohonan mereka untuk mendapatkan kelulusan perlepasan cukai dari pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membiayai peserta gagal.
“Selepas rayuan mereka sebanyak tiga kali kepada LHDN dan Kementerian Kewangan gagal, mereka berjanji mahu memulangkan duit bayaran peserta berdasarkan surat akuan sumpah tetapi sehingga kini masih belum dibayar," katanya.
Katanya, program berkenaan juga tiada kaitan dengan apa-apa unsur politik.
Sumber: Sinar Harian