"Pesawat MH020 Terhempas Di Paris" Khabar Angin Tidak Benar

KUALA LUMPUR – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin yang tersebar dalam laman sosial bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di Perancis.

Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata MAS tidak lagi menawarkan perkhidmatan ke Paris selepas memberhentikan Penerbangan MH020 ke ibu negara Perancis itu pada 20 Jan tahun ini.

“Tiada lagi penerbangan itu (MH020) pada masa ini … khabar angin itu tidak benar,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Khabar angin menjadi viral di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp bahawa Penerbangan MH020 terhempas di Leon, Paris.

Netizen mendakwa penerbangan dari Kuala Lumpur itu membawa 366 penumpang termasuk 16 anak kapal terhempas di Leon, Paris, pada 12.15 tengah malam (waktu Malaysia) hari ini. – BERNAMA