GAMBAR sepasang pengantin melakukan aksi luar biasa yang kurang menyenangkan mata ketika majlis persandingan mereka telah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Pasangan terbabit bergambar dengan postur badan seakan melakukan senaman tekan tubi, di mana pengantin perempuan berada di atas badan pengantin lelaki.
Tidak diketahui tarikh dan di mana lokasi foto ini dirakam tapi rata-rata pengguna alam maya nampaknya mengecam perlakuan pasangan yang memakai persalinan pengantin hijau-kuning itu.
“Macam ini ke adat orang Melayu, adat orang Islam? Nak photoshoot pun agak-agaklah kalau nak lain dari yang lain sekali pun.
“Apa pandangan orang dan bangsa lain kalau tengok gaya seperti ini? Saya yang beragama Islam pun rasa malu bila kawan saya bangsa lain yang WhatsApp gambar ini kepada saya,” kata Suzana Ayob yang terkejut dengan gambar yang diterimanya melalui aplikasi whatsapp.
“Mohon kita yang lain tidak terikut dengan cara ini. Islam itu indah dan mudah. Bukan nak kata diri ini bagus, maaflah kalau tak suka,“ ujar Ramzee Razali.
Sementara itu, sebilangan netizen turut memberikan pandangan masing-masing.
“Aku kahwin dulu tak adalah macam ini. 10 tahun lepas kot. Tapi masa itu jalan laju pun orang tua dah bising. Kalau bergaya macam ini, memang heart attack mak bapak aku malu dengan orang kampung”.
Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa gaya apa sekali pun adalah hak pasangan pengantin itu sendiri dan orang lain tidak perlu menegur mereka.
“Suka hati dialah nak menonggeng ke, nak melentang ke, itu gambar dia, diri dia. Yang pergi viralkan gambar orang tu kenapa?” komen Rethuan Jaafar. -Kedahnews.com