Operasi media milik Wespacom Sdn Bhd memaklumkan kepada wakil 60 kakitangannya berhubung keputusan untuk menamatkan operasi pada mesyuarat yang berlangsung di Menara MBSB, Kuala Lumpur.
Ia turut memberitahu kakitangannya supaya membuat aduan dengan Jabatan Buruh untuk tindakan industri bagi mendapatkan dua bulan gaji yang masih tertunggak.
Terdahulu, kira-kira 15 kakitangan portal berita itu berkunjung ke pejabat Jabatan Buruh di Subang Jaya sebelum membuat aduan rasmi terhadap syarikat berkenaan.
Bercakap kepada pemberita, wakil kakitangan portal itu, Michael Murty berkata, kakitangan terlibat tidak menjangka syarikat berhadapan masalah kerana mereka dibayar gaji pada hari ketiga setiap bulan.
"Pada Disember, majikan memaklumkan syarikat berhadapan masalah dana. Hanya pada Januari kami memperoleh gaji untuk Disember, beberapa hari lewat berbanding kebiasaannya.
"Majikan memberitahu mengenai masalah mendapatkan dana, bagaimanapun mereka masih dapat memenuhi keperluan pekerja," katanya.
Murty berkata pada Rabu lalu, majikan minta diberi masa seminggu untuk mendapatkan dana dan jika gagal terpaksa gulung tikar.
"Tiada alasan diberi berkaitan masalah untuk mendapatkan dana," katanya yang tidak berpuas hati kerana kakitangan tidak dimaklumkan lebih awal.
Sumber: mStar