Gambar Hiasan |
Walaupun hanya segelintir sahaja yang bersikap jahat sedemikian, semua majikan di Malaysia dipersalahkan dan dilaporkan pihak agen di Indonesia tanpa rasa malu meminta pula gaji pembantu rumah dari negara mereka dinaikkan hingga lebih RM700.
Namun begitu, mungkin kerana masih ramai lagi majikan yang terdesak, mereka terpaksa menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesa dan sudi menganggap mereka seperti ahli keluarga sendiri.
Sebuah perkongsian yang viral menerusi laman sosial baru-baru berkenaan seorang pembantu rumah yang ternyata ‘menikam’ majikannya sendiri.
Setelah dua tahun berkhidmat dengan majikannnya itu, tiba-tiba pembantu rumah tersebut meminta izin untuk pulang ke negaranya dengan alasan anaknya sakit.
Sebelum dihantar pulang, pembantu rumah berkenaan ada membuat sebiji kek dan mahu membawa pulang bersamanya kerana menurutnya anaknya yang sakit itu suka akan kek tersebut.
Semasa di pertengahan jalan menuju ke lapangan terbang di mana pembantu rumah berkenaan terlupa untuk mengambil keknya itu dan bertegas mahu berpatah balik semula.
Apakah misteri dengan kek berkenaan? Baca di bawah;
?
Kami difahamkan bahawa majoriti majikan yang mempunyai pengalaman menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesia menghadapi masalah yang sama di mana "bibik-bibik" itu begitu berminat sekali dengan barang-barang kemas majikan masing-masing.
Sama ada sebentuk cincin emas hinggalah ke rantai atau emas yang berharga ribuan ringgit, mereka tidak teragak-agak untuk mencuri barang-barang kemas milik majikan sendiri.
Malah lebih buruk lagi, ada di kalangan majikan yang mendakwa tidak sampai 6 bulan bekerja, rumah mereka hampir kosong dirompak sindiket yang dipercayai bersubahat dengan pembantu rumah Indonesia.
Selain itu, ada juga "bibik" yang bertindak menculik anak kecil majikan dan meminta wang tebusan dari majikan mereka.
Rata-rata majikan di Malaysia difahamkan sudah serik dengan pengalaman buruk mereka menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesia dan berpandangan bahawa biarlah mereka hidup tanpa pembantu rumah asalkan mereka tidak menjadi mangsa.
Difahamkan bahawa tidak mengira sama ada pembantu rumah Indonesia itu memiliki permit yang sah atau masuk secara haram, mereka tidak teragak-agak untuk lari dari majikan bersama 'hasil rompakan' dan sanggup hidup sebagai "pelarian" di negara kita.
Justeru itu, walaupun tidak semua pembantu rumah Indonesia itu buruk lakunya, kami menyarankan supaya mereka yang berminat atau sedang menggunakan khidmat pembantu rumah dari negara seberang itu supaya melipat gandakan pengawasan supaya tidak terjadi perkara yang tidak dijangka. -Kedahnews.com