Rakyat Malaysia Minta Lim Kit Siang "Selamatkan" Malaysia?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa rakyat Malaysia kononnya telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk menyelamatkan Malaysia yang “sakit” sejak enam dekad lalu.

Beliau yang juga pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mendakwa, rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Sungai Petani, Kedah telah meminta beliau supaya bertindak.

“Malaysia dalam dekad yang keenam ini sangat sakit dalam semua sektor sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, hak asasi manusia , alam sekitar, tadbir urus malah sukan.

“Itulah sebabnya filem “Ola Bola” menimbulkan begitu banyak sentimen kebangsaan,” dakwa lawaknya lagi dalam satu dialog di Sungai Petani baru-baru ini.

Ucapan beliau dalam dialog itu disebarkan kepada pihak media dalam satu kenyataan rasmi DAP semalam.

Kit Siang dalam pada itu membidas pihak yang mentertawakan kegagalan kerjasama Pakatan Harapan dengan kumpulan penentang dalaman UMNO yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mendakwa, “deklarasi rakyat” yang ditandatangani pemimpin Pakatan Harapan dan Mahathir tersebut bukan semata-mata mendesak Najib berundur tetapi kononnya mahu menyelamatkan Malaysia.

“Saya bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk menyelamatkan Malaysia termasuk Najib sendiri jika beliau bersetuju institusi Malaysia perlu direformasikan,” dakwanya. –Kedahnews.com