Rakyat Malaysia Sahut Titah Sultan Johor Berpakaian Melayu Di Bumi Arab

Seorang pengguna laman Facebook menyahut titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim AlMarhum Sultan Iskandar supaya berbangga dan terus mengamalkan adat dan tradisi bangsa Melayu dan tidak meniru-niru orang Arab.

Mohd Faisal yang difahamkan sedang menunaikan umrah memuat naik gambarnya, segak mengenakan baju Melayu dan berkain pelekat di Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah, semalam.

"Menyahut titah Tuanku Sultan Johor, jangan jadi Arab. Hari ini cuba jadi Melayu di bumi Arab," tulisnya di kapsyen gambar tersebut.


Sultan Ibrahim sebelum ini bertitah bahawa baginda masih mengamalkan adat dan istiadat orang Melayu kerana baginda adalah seorang yang berbangsa Melayu.

Baginda juga menyeru rakyat Malaysia khususnya di Johor supaya tidak meminggirkan budaya dan berpegang kepada 'adat dan tradisi orang Melayu'.


Sebaliknya, Sultan Ibrahim menyindir segelintir pihak yang mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya bangsa Arab serta mengalu-alukan mereka supaya berpindah ke Arab Saudi. -Kedahnews.com