Reen Rahim Sedang Dalam Proses "Kenali Hati Budi"...


Pelakon, Reen Rahim atau nama penuhnya Noreen Ashikin binti Abdul Rahim, 28, mengakui dia kini sedang dalam proses mengenali seseorang dengan lebih rapat.

Tetapi pada masa yang sama dia masih belum lagi bersedia untuk memberitahu siapakah lelaki bertuah itu.

“Kami masih dalam proses kenal hati budi masing-masing. Kami berkawan dan jika sampai jodoh saya, pasti akan kongsi bersama semua,” katanya pada Majlis Pelancaran Drama Jom Kahwin di Hypp TV.


Reen Rahim adalah antara selebriti yang paling kurang dilanda kontroversi dan dia juga berkata baginya kerjaya adalah keutamaan berbanding dengan cerita kontroversi yang boleh menjatuhkan.

“Kehidupan saya simple, saya pergi kerja dan balik kerja. Jarang nak pergi melepak. Dan kalau saya ingin ke mana-mana, ibu saya mesti juga tahu”

Dia juga menjelaskan dirinya bukan tidak bersosial langsung tetapi ada had dan batasnya. Reen hanya akan pergi ke suatu majlis jika dijemput atau terlibat dengan acara yang dianjurkan. -Kedahnews.com