PETALING JAYA – Berdasarkan perkembangan terkini, wartawan Australia Liston Besser dan Louie Eroglu tidak akan didakwa di mahkamah pada Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar berkata menerusi mesej khidmat pesanan ringkas pada lewat malam Isnin, kedua-dua wartawan berkenaan tidak akan ke mahkamah seperti yang dijadual sebelum ini.
“Tiada pendakwaan. Saya boleh beri kenyataan kemudian pada waktu pagi. Perlu mendapatkan fakta yang tepat terlebih dahulu,” katanya.
Dilaporkan sebelum ini bahawa wartawan dari Australian Broadcasting Channel (ABC) akan didakwa pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Majistret di Kuching.
Sebelum itu, Kumar berkata pendakwaan hanya akan diketahui apabila kedua-duanya dibawa ke mahkamah.
Besser, wartawan, dan Eroglu seorang jurukamera, dari program Four Corners, disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Mereka ditahan menjelang tengah malam pada Sabtu selepas cuba mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam lawatan rasmi ke Kampung Haji Baki di Kuching. – mStar