Ritual Tarian Syaitan Kecil Di Pesta Tradisi Masyarakat Boruca

LELAKI bertopeng mewakili `syaitan kecil’ manakala yang memakai kostum lembu jantan mewakili penjajah Sepanyol.
SEJAK berkurun-kurun, meraikan pesta dengan memakai topeng adalah antara tradisi penting bagi sesuatu kaum terutama masyarakat pribumi.

Bagi masyarakat pribumi di Costa Rica pula, penentangan terhadap penjajahan Sepanyol kira-kira 500 tahun lalu ditonjolkan semula dalam satu sambutan pesta dengan mengenakan topeng kayu dan berpakaian seperti lembu jantan.

Diadakan pada setiap tahun, lelaki kaum Boruca mengecat badan mereka dan memakai topeng kayu berukir sebelum mengejar `lembu jantan’ yang mewakili Sepanyol.

HAMPIR 2,500 penduduk tinggal di persekitaran Gunung Talamanca.
Pesta tradisi El Juego de los Diablitos atau Tarian Syaitan Kecil itu adalah ritual penting yang dilakukan pada sambutan Tahun Baru dalam budaya puak Boruca.

Kaum Boruca yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil di wilayah pantai Pasifik di Puntarenas memulakan sambutan tahunan itu pada tengah malam 30 Disember dan berakhir 4 Januari setiap tahun.

Kira-kira 2,500 penduduk tinggal di penempatan yang dikelilingi Gunung Talamaca yang terletak 19.31 kilometer dari sempadan Costa Rica-Panama.

KAUM pribumi di Costa Rica ini memulakan sambutan pesta pada tengah malam 30 Disember dan berakhir 2 Januari setiap tahun.
Ia disambut bagi membuktikan budaya dan tradisi Boruca masih kekal walaupun Costa Rica dijajah oleh Sepanyol, yang menggelar kaum itu syaitan kecil.

Bahasa Sepanyol kini menjadi bahasa utama kaum itu dan kebanyakan mereka penganut Roman Katolik selepas agama itu diperkenalkan oleh penjajah Sepanyol pada 1500.

Bagaimanapun, kepercayaan terhadap legenda Boruca dan tuhan bernama Sibu yang wujud sebelum kedatangan Sepanyol masih utuh.

LELAKI Boruca berehat sambil memakai topeng kayu ketika festival yang berlangsung selama empat hari.
Ini dapat dilihat dengan ukiran topeng yang terdapat dalam beberapa jenis termasuk berbentuk syaitan dan alam semula jadi.

Topeng berukir corak syaitan memaparkan wajah menakutkan sementara burung dan haiwan lain menjadi motif pilihan bagi topeng ukiran alam semula jadi.


Sumber: myMetro