Khemah sementara yang didiami Abdul Wahab. |
BALING - Seorang warga emas dari Kampung Batu 8, Tanjung Pari Mukim Siong terpaksa tinggal di dalam khemah sementara menunggu rumahnya yang musnah dalam kebakaran Jumaat lalu, siap dibina.
Namun bagi menyiapkan rumah itu, mangsa kebakaran ini memerlukan bantuan berjumlah RM50,000.
Abdul Wahab Mat Ali, 74, berkata, semua harta bendanya musnah sekelip mata dalam kejadian itu.
Menurutnya, akibat kebakaran itu, dia juga menanggung kerugian berjumlah RM25,000 tidak termasuk nilai rumah yang terbakar.
“Wang tunai pakcik berjumlah RM5,000 juga terbakar. Selain itu, semua dokumen seperti geran tanah, buku bank, dua alat penebang pokok dan mesin rumput juga musnah,” katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Wahab berkata, ketika kejadian berlaku, dia tiada di rumah kerana pergi menziarahi orang sakit manakala lima anaknya yang tinggal bersama juga tiada di rumah.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian itu sebaik pulang ke rumah pada sebelah malam.
Sementara itu, jirannya, Sabariah Man, 44, berkata, dia tidak menyangka bahawa asap yang dilihat datang dari rumah Abdul Wahab.
Menurutnya, pada mulanya, dia menyangka asap itu datang dari aktiviti membakar sampah oleh keluarga Abdul Wahab dan hanya menyedarinya ketika keluar bersama suami untuk mencari buah pinang.
“Anak-anak Abdul Wahab memang rajin membakar sampah, saya langsung tidak mengesyaki apa-apa yang berlaku sebelum itu.
“Namun saya mendengar sesuatu semasa sedang mencari buah pinang, bila saya tengok rupa-rupanya api sudah marak membakar rumah Abdul Wahab, saya dan suami bergegas lari dan maklumkan kepada penduduk kampung,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Johari Ismail berkata, pihak bomba sudah melakukan yang terbaik bagi mengawal kebakaran tersebut, bagaimanapun rumah itu tidak berjaya diselamatkan.
Menurutnya, bagi meringankan beban mangsa, pihak JKKK menyalurkan bantuan berbentuk sara hidup sementara menunggu rumahnya dibaik pulih semula.
"Bantuan berbentuk kewangan juga berkemungkinan akan diberikan dari masa ke semasa kepada keluarga Abdul Wahab,” katanya
Bagi pihak yang sudi membantu keluarga ini boleh menghubungi JKKK Kampung Batu 8 ,Tanjung Pari Mukim Siong di talian 019-5108226.
Sumber: Sinar Harian