Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu |
ALOR SETAR - Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dilaporkan telah disekat Jabatan Imigresen Negeri Sarawak dari memasuki negeri itu setibanya di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Menurut laporan, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu akan dihantar pulang, kembali ke semenanjung dari lapangan terbang berkenaan.
“Saya dihantar pulang sebaik sahaja tiba di lapangan terbang Sibu sekitar jam 10.30 pagi,” kata Mat Sabu kepada sebuah portal pro-pembangkang, pagi tadi sebelum memasuki pesawat untuk dihantar pulang.
Mat Sabu mendakwa, dia tidak diberikan sebarang alasan berhubung sekatan terhadapnya memasuki negeri itu oleh pihak Imigresen.
Namun begitu, dia menuduh Pejabat Ketua Menteri Sarawak mengarahkan dia disekat dari masuk ke negeri tersebut.
Difahamkan Mat Sabu 'terbang' ke Sarawak atas urusan 'lawatan kerja' untuk dua hari bersempena persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung di negeri itu dalam tempoh terdekat.
Jabatan Imigresen Sarawak sebelum ini menyekat masuk beberapa pemimpin politik pembangkang yang dikatakan sering melakukan provokasi melampau dan mencemar keharmonian serta kestabilan politik negara.
Antara yang dilarang masuk ke negeri itu adalah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada negeri Sarawak secara mutlak berkenaan bidang kuasa imigresen sama ada membenarkan atau menyekat masuk mana-mana individu ke negeri berkenaan. -Kedahnews.com