Azira Shafinaz |
Heroin drama bersiri ‘Married Tapi Benci’, Azira Shafinaz menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia telah berkahwin. dan terkejut dengan tuduhan yang dibuat sesuka hati tanpa usul periksa itu.
Azira Shafinaz Ramlan, 26, mengaku kepada sebuah portal hiburan bahawa gosip tersebut telah lama timbul, kerana beliau sering memuat naik foto anak buahnya yang berusia setahun di laman Instagram miliknya.
Tindakan itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan peminatnya dan pengamal media tempatan.
"Selain itu, mungkin juga kerana wajah kakak saya seiras dengan wajah saya. Dek kerana itu orang ingat saya sudah kahwin dan mempunyai anak. Saya harap penjelasan itu dapat menamatkan teka-teki tentang perkahwinan saya.
"Saya masih bujang dan mempunyai seseorang yang cukup istimewa. Cuma belum masanya untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan masing-masing sibuk dengan karier," ujar Azira yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam.
Azira yang enggan mendedahkan identiti lelaki sebenar yang sedang bertakhta di hatinya, namun mendedahkan dia telah mengenal lelaki itu kira-kira tiga tahun malah baik dengan ahli keluarga lelaki berkenaan.
"Keluarga saya dan keluarga dia saling mengenali dan punya hubungan yang baik. Pihak keluarga tidak ada masalah dengan hubungan kami.
"Cuma buat masa ini kami masih belum memikirkan tentang perkahwinan. Aktiviti lakonan dan nyanyian saya pun baru bermula. Jadi, biarlah saya fokus kepada satu-satu perkara dahulu,” ujar Azira lagi.
Lakonan beliau dalam drama ‘Married Tapi Benci’ sebagai peneraju utama mendapat penerimaan positif daripada penonton tanah air.
Azira nyata bersyukur di atas penerimaan yang diterimanya walaupun beliau adalah pendatang baru dalam industri lakonan.
"Saya masih baru dalam dunia lakonan. Walaupun ini bukan drama pertama lakonan saya, tetapi ini kali pertama saya menjadi teraju utama.
"Tak sangka pula ramai yang suka. Alhamdulillah, terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh TV3 dan juga abang Idham," ujar Azira yang sebelum ini pernah membintangi drama bersiri ‘Stella’ di TV9. –Kedahnews.com