Gambar Hiasan |
KANGAR – Bagi Ummi Hajidah Mohamad Asri, kejayaannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah kerana dia sentiasa menjaga hubungan baik dan menghormati gurunya.
“Saya sentiasa ingat sejauh mana usaha dilakukan, kita tidak boleh sesekali bersikap buruk terhadap guru untuk mendapat ilmu yang berkat,” katanya yang dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2015 bagi negeri Perlis.
Pelajar Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar ini berkata menjaga hubungan dan menghormati guru merupakan dua perkara yang menjadi prinsipnya dalam menempah kejayaan dalam pelajaran.
Ibunya Saira Banu Daud pula berkata beliau hanya mampu memberi galakkan dan panduan kepada Ummi Hajidah, manakala selebihnya adalah usaha gigih anaknya sendiri serta guru-gurunya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mencurahkan ilmu sehingga anak saya memperoleh keputusan cemerlang. Walaupun saya juga guru, namun saya belum mampu membuat seperti mereka,” katanya.
Menurutnya, anaknya sering memberitahu mengenai ketekunan guru-gurunya mengajar dan memastikan mereka benar-benar memahami subjek yang diajar. – BERNAMA