Serangan Bom: Turki Sekat Akses Media Sosial Seluruh Negara


TURKI - Berikutan serangan bom yang berlaku di Ankara pukul 6.40 petang semalam, kerajaan Turki telah mengambil keputusan untuk menyekat akses kepada laman sosial Twitter dan Facebook.

Menurut laporan, sebuah kereta yang dipenuhi bom meletup di Taman Guven dan seramai 32 orang maut serta 100 lagi cedera setakat ini.

Selepas itu, satu perintah mahkamah diterima oleh kerajaan Turki unutk menghalang akses ke laman sosial berkenaan. 

Menurut laporan CNN, perintah itu dikeluarkan untuk mengelakkan gambar mangsa tersebar.

Media arus perdana tempatan juga dihalang dari melaporkan berita berkaitan serangan yang berlaku ini.

Ini ada kali kedua serangan bom berlaku Ankara dan sebelum ini berlaku pada 17 Februari lalu apabila sebuah kereta dipenuhi bom diletupkan berhampiran sebuah konvoi tentera.

Kedua-dua serangan ini dipercayai dilakukan oleh Parti Pekerja Kurdistan yang mahukan kemerdekaan kawasan tenggara Turki. -Kedahnews.com