SERING dikritik kerana penampilan yang seksi dan sering memegang watak antagonis dalam lakonannya, sedikit pun tidak mengundang kudis di hatinya.
Zila Bakarin atau nama sebenarnya Rosmawati Binti Bakarin yang sentiasa tampil dengan imej seksi ini mendedahkan, penampilannya itu mengundang persepsi ramai bahawa dia merupakan seorang janda atau bergelar isteri kedua kenamaan.
Namun itu semua ditepis kerana hakikatnya Zila masih merupakan isteri kepada seorang jurukamera, Azri Izhar, 42.
Hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta, Zila, 41, dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Chinta, 4, dan Kaseh, 7 tahun.
Tambah Zila, dia sebenarnya seorang yang sangat bersederhana dan tidak cerewet dalam memilih pakaian asalkan ianya cantik dipakai walaupun tidak berjenama.
Menurut sebuah portal gosip, Zila yang sinonim dengan watak antagonis juga tidak kisah dengan tanggapan orang terhadapnya gara-gara perkara tersebut kerana percaya, hanya segelintir sahaja pelakon yang seangkatan dengannya mampu membawa watak jahat dengan berkesan.
Zila juga berterima kasih kepada pihak produksi yang masih mempercayai bakatnya dan menyatakan, dia berlakon atas dasar minat dan ingin membantu suami meringankan beban menyara keluarga. –Kedahnews.com