SYDNEY - Dua serpihan pesawat yang dijumpai di Mozambique adalah 'hampir pasti milik MH370', kata Menteri Pengangkutan Australia susulan analisis oleh pakar-pakar teknikal yang menyiasat kes pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu.
"Analisis ini telah membuat kesimpulan bahawa serpihan itu adalah hampir pasti dari MH370," kata Darren Chester dalam satu kenyataan, sambil menambah pasukan siasatan MH370 Malaysia telah mendapati bahawa kepingan serpihan itu adalah konsisten dengan panel pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines.
"Serpihan itu yang dijumpai di pantai timur Afrika adalah konsisten dengan model hasil siasatan pemodelan hanyutan CSIRO (Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel) dan seterusnya mengesahkan lagi usaha penyelidikan kami di selatan Lautan Hindi."
Australia mengetuai pencarian MH370 di Lautan Hindi, di mana penerbangan Kuala Lumpur-Beijing yang menbawa 239 penumpang dan anak kapal dipercayai telah menukar laluan apabila ia hilang pada 8 Mac 2014.
Carian itu dijangka diakhiri sekitar Jun-Julai ini jika pesawat itu tidak dijumpai dalam zon sasaran seluas 120,000 kilometer persegi.
"Pencarian MH370 diteruskan," kata Chester.
"Terdapat kawasan seluas 25,000 kilometer persegi carian dalam air masih perlu diperiksa. Kami memberi tumpuan untuk melengkapkan tugas ini dan tetap berharap pesawat itu akan ditemui."
Tiada lokasi kemalangan telah ditemui dan setakat ini hanya sebahagian sayap Boeing 777 yang ditemui di pantai pulau Reunion di Lautan Hindi telah dikaitkan dengan MH370.
Pakar-pakar, termasuk dari Australia dan Boeing, telah menjalankan pemeriksaan bersama pasukan Malaysia di Australia terhadap dua serpihan itu selepas ia ditemui awal bulan ini di Mozambique.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) berkata pada Rabu bahawa Malaysia turut bekerjasama dengan pegawai-pegawai Afrika Selatan untuk memeriksa satu lagi serpihan yang disyaki sebagai salah satu bahagian enjin.
Pihak berkuasa Afrika Selatan pada Selasa berkata ia diambil berhampiran Mossel Bay, sebuah bandar kecil di wilayah Western Cape.
Mossel Bay terletak lebih dari 2,000 kilometer (1,250 batu) dari Vilankulo, sebuah resort Mozambique di mana salah satu bahagian yang sedang diperiksa di Australia ditemui.
Sumber: mStar