Setiausaha PAN Luah Kemarahan Pada Kedutaan Indonesia Di FB

Suhaizan Kayat
KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat berang kerana terpaksa menunggu lama di kedutaan Indonesia sewaktu mahu menguruskan pasport pembantu rumahnya hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya menyifatkan pentadbiran kedutaan Indonesia sangat menyusahkan kerana menyebabkan beliau terpaksa menunggu selama beberapa jam.

“Nak perbaharui pasport pembantu rumah saya di kedutaan Indonesia. Terpaksa beratur ambil nombor sejak pukul 6 pagi.

“Kemudian proses seterusnya pada waktu pejabat. Sangat menyiksakan. Peliknya masih ada lagi pentadbiran seumpama ini zaman global begini,” katanya.

Penyokong PAN yang sangat prihatin terhadap `kesengsaraan’ dialami Suhaizan sewaktu mahu berurusan dengan Kedutaan Indonesia tiba-tiba pula menyalahkan kerajaan Malaysia.

Pemilik akaun Facebook Mohamad Halim Cfc berkata, “Rakyat biasa dh masak dgn mnde ni semua….wakil rakyat apa yg dorg tau”

Seorang lagi pengguna Facebook Zuhawaribinyazid Wary berkata “Sebab tu kena tukar kerajaan”

Pemilik akaun Facebook Sham Sam pula memberi komen, “seperti sistem 20 tahun dulu..”

Seorang pemilik akaun Facabook bagaimanapun mempersoalkan bukankah urusan di Kedutaan Indonesia merupakan tanggungjawab konsulat negara itu. –Kedahnews.com