Sharnaaz Tak Mahu Tekanan Dalam Soal Jodoh Dengan Kakak Neelofa

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila
Pelakon lelaki, Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad, 30, memberitahu hubungannya bersama kakak Neelofa, Noor Nabila bakal ke jinjang pelamin tetapi tidak mahu terlalu tertekan memikirkannya.

"Jujur saya katakan, saya seronok berada di sisinya. Kalau jodoh kami panjang, saya tidak menolak. Ia memang agak cliche cuma dalam soal jodoh biarlah ia berlaku tanpa sebarang tekanan," katanya.

Menjawab soal tentang apa yang pernah terjadi sebelum ini, Sharnaaz mengakui mereka berdua telah melalui fasa pergaduhan yang hebat sehingga menyebabkan mereka memadam gambar satu sama lain di laman sosial.

"Biasalah waktu tengah gaduh, masing-masing nak merajuk dan sentap. Jadi berlakulah segala emosi ala muzik heavy metal. 

"Kalau gaduh sampai macam tu, biasa juga sampai akan unfollow laman sosial," akui Sharnaaz jujur. –Kedahnews.com