Sheila Rusly |
KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly tidak gemar jika ada antara pelakon bawah produksinya menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran.
Sheila,45, berkata, sebarang hubungan yang membabitkan emosi tidak membantu pelakon berkenaan untuk menghayati watak sebaliknya ia akan menganggu perjalanan produksi.
"Saya tidak suka kalau pelakon-pelakon yang terbabit dengan drama produksi saya menjalinkan hubungan cinta lokasi.
"Pada saya ia akan menganggu perasaan mereka dan orang lain, saya tidak mahu ada perasaan cemburu dan perlu menjaga hati antara satu sama lain sehingga menganggu proses penggambaran," ujarnya kepada mStar Online.
Sheila diminta mengulas resipi yang digunakan bagi menghasilkan karya-karya terbaik.
Dia ditemui pada sidang media selepas drama terbitan syarikatnya JS Pictures berjudul Kau Aku Kita memenangi enam kategori utama dalam anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016, yang dia adakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam Sabtu lalu.
Drama berkenaan merangkul anugerah utama Drama Pilihan, Pengarah Pilihan dan Penulis Skrip Pilihan. Manakala pelakon utama drama tersebut iaitu Saharul Ridzwan dan Janna Nick berjaya meraih anugerah Aktor Hero Pilihan, Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan.
Selain itu, kata Sheila, antara cabaran utama dalam proses pembikinan drama tersebut ialah memenuhi permintaan Saharul Ridzwan yang tidak mahu bersentuhan dengan wanita.
"Setiap drama ada cabaran tersendiri, bagi Kau Aku Kita salah satu cabaran ialah memenuhi tuntutan Saharul sebagai seorang muslim yang tidak mahu bersentuhan.
"Kami menghormati perkara itu dan ketika itu dia baru pulang dari menunaikan umrah. Jadi, kami mengambil pendekatan berlainan.
"Kami terpaksa cari orang lain atau stand in untuk menggantikan pelakon wanita dan dia juga terpaksa mendukung jurusolek lelaki bagi menggantikan Janna," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang pencarian bakat-bakat baharu pada drama terbitannya, Sheila berkata, dia memberi kepercayaan serta ilmu kepada pelakon-pelakon yang berada bawah produksinya.
Katanya, biarpun sering ditakuti dan dianggap seorang yang garang, namun dia puas apabila pelakon yang pernah dididiknya menerima anugerah.
"Memang sukar untuk didik pelakon, malah Janna pun pernah menangis kerana ditegur. Tapi apa yang saya buat itu untuk masa depan mereka.
"Saya sendiri sebak kalau mereka naik atas pentas ambil anugerah kerana bakat mereka sudah mendapat perhatian masyarakat," ujarnya.
Sumber: mStar