Siti Saleha |
Pelakon jelita, Siti Saleha mengaku dirinya kini bahagia di samping kekasih baru, namun dia menegas dirnya tidak mahu terlalu asyik dalam dunia cinta memandangkan hubungan yang terjalin masih di peringkat awal.
"Tipu kalau saya cakap tak gembira dengan hubungan sekarang ini. Perasaan ini juga dilalui oleh semua pasangan bergelar kekasih.
"Kita akan berasa gembira jika ada teman untuk mengadu, bercerita dan berkongsi pengalaman hidup masing-masing.
"Saya pun tak sangka akan menerima cinta lagi selepas putus pada hujung tahun lalu,” katanya.
Siti Saleha menjelaskan kekasihnya bukan dari golongan artis namun dia menyifatkan lelaki itu sebagai "luar biasa" kerana sering menghiburkan hatinya.
“Kalau ada yang kata lelaki Eropah romantik berbanding lelaki Melayu, saya tak rasa macam tu. Yang penting adalah cara pembawakan diri dan penerimaan masing-masing,” katanya.
Tambahnya, jejaka istimewa tersebut datang dari keluarga berdarah campur dari serata dunia. -Kedahnews.com