Sony PlayStation VR Terbaru Akan Dijual Mulai Oktober Ini


SONY PLAYSTATION VR dilapor bakal mula dijual bermula pada bulan Oktober ini dan harganya dijangka adalah lebih rendah dari pesaing-pesaing dari produk seumpamanya yang turut berada di pasaran kini.

Harga yang diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat adalah sekitar $399 (RM 1660.00).

Peranti realiti-maya yang lain memerlukan PC berkuasa tinggi, tetapi PlayStation VR ini hanya memerlukan PlayStation 4 untuk digunakan.

Pengguna juga memerlukan PlaySation Camera secara berasingan, alat kawalan Move juga perlu dibeli secara berasingan jika tidak mahu menggunakan PlayStation 4.

PlayStation VR ini mempunyai skrin 5.7 inci OLED yang akan memaparkan permainan pada kadar 120Hz. Pengguna boleh melihat pada 100 darjah sewatu menggunakannya.

Ia hadir dengan sensor 360 darjah untuk pengguna menikmati permainan dengan lebih menarik.

Sony juga mmeberitahu bahawa sekurang-kurangnya 50 permainan akan dilancarkan antara bulan Oktober sehingga Disember tahun ini. Termasuklah Star Wars Battlefront. -Kedahnews.com