Suami 3 Kali "Kantoi" Bercinta Dengan Isteri Orang

Gambar Hiasan
Soalan: Ustaz, suami saya berkawan dengan isteri orang.

Dia sanggup menipu isteri sendiri sebanyak tiga kali tetapi apabila “kantoi”, masing-masing mengaku sekadar berkawan tetapi dalam telefon mereka menggunakan perkataan sayang dan pelbagai janji manis dalam mesej.

Apabila saya tidak percaya, suami ugut hendak pergi ke pejabat agama. Minta pandangan ustaz.

* Kak Jah,
Felda Lubuk Merbau.

UKE: Antara tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan perasaaan mawaddah dan rahmah. Dalam masalah puan, saya nasihatkan supaya ada pihak yang boleh mendamaikan antara puan dan suami.

Pergilah dapatkan khidmat nasihat di pejabat agama. Dapatkan juga nasihat daripada ibu bapa jika mereka masih ada, termasuk mentua.

Anda juga boleh memainkan peranan dengan menjadi orang kanan suami. Jangan biarkan dia keseorangan.

Kalau dia keluar, anda ikut dan layanlah dia dengan sepenuhnya. Jangan sampai ada ruang kosong dalam hatinya yang boleh diisi oleh orang lain.

Jika semua tidak berkesan, maka jalan penyelesaian lain boleh diusahakan. Saya rasa anda faham maksud saya.

Sumber: Utusan