Gambar Hiasan |
Soalan: Saya sudah hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata berumur empat tahun.
Sepanjang perkahwinan, suami tidak pernah memberi saya duit belanja harian dengan alasan saya bekerja.
Suami tidak pernah menyediakan makan minum kami memandangkan kami tinggal bersama dengan ibu bapa saya.
Apakah hukumnya sekiranya suami tidak memberikan duit nafkah kepada kami anak-beranak? Suami hanya memberi duit belanja sekiranya saya yang meminta, itupun secara harian.
* Lin, Klang.
Jawapan UKE:
Lin, saya bersimpati dengan nasib anda. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anaknya walaupun si isteri bekerja. Berdosa si suami tidak memberi nafkah kerana ia adalah hak mutlak seorang isteri.
Mungkin suami anda beranggapan anda bekerja maka dia tidak perlu beri nafkah. Maka anda perlu menerangkan kepadanya atau meminta khidmat nasihat daripada pejabat agama untuk menasihati suami anda.
Dalam tempoh ini segala bil dan perbelanjaan rumah anda jangan bayar dan bil tersebut serahkan kepada suami jelaskannya.
Bab nafkah harian anda minta sahaja, jangan segan kerana itu adalah hak anda dan anak-anak. Anda tak perlu bermurah hati nak tanggung segala-galanya sehingga suami lepas tangan.
Anda hanya membantu suami apabila dia sudah tak mampu atau memohon pertolongan, bukannya anda yang tanggung semua perbelanjaan rumah tangga.
Sumber: Utusan