SEORANG lelaki meninggal dunia ekoran tabiatnya yang gemar menggigit kuku hingga tahap ekstrem, menyebabkan beliau dijangkiti kuman yang sangat teruk.
John Gardener, akhirnya meninggal dunia cuma beberapa hari selepas sambutan hari jadinya yang ke 40.
Gardener yang berasal dari Lancashire, England terkena serangan jantung selepas dijangkiti kuman ekoran kulit di sekitar kukunya kerap berlaku pendarahan.
Jangkitan kuman yang merebak ke jantungnya, membuatkan Gardener meninggal dunia dua minggu selepas dimasukkan ke hospital.
Menurut doktor pakar Daniel Vernom, tabiat menggigit kuku berpunca daripada kemurungan dan kerisauan melampau yang dihidapi Gardener yang turut mengalami masalah kesihatan mental.
Dia juga menghidap penyakit kencing manis malah pada 2011, salah satu jarinya terpaksa dipotong.
Ibu Gardener yang terlalu terkejut menyifatkan kematian anaknya satu tragedi kerana berasakan, masih banyak yang boleh dilakukan untuk membantunya namun segalanya sudah terlambat. –Kedahnews.com
John Gardener |