Hasnah sentiasa berada di samping suaminya yang tidak mampu bekerja. |
SIMPANG EMPAT - Seorang pesakit barah tulang terpaksa merayu kepada doktor yang merawatnya supaya kaki kirinya dipotong kerana tidak tahan dengan kesakitan dialaminya.
Shafie Omar, 78, berkata, pada mulanya, doktor tidak mahu memotong kakinya kerana masih elok, cuma bernanah akibat barah tulang.
Namun katanya, selepas dia merayu, doktor itu akur dan memotong kakinya dalam satu pembedahan pada 25 Februari lalu.
"Pada mulanya, doktor memang tidak mahu memotong kaki saya dan dia juga menasihatkan saya supaya memasang besi di kaki.
"Tetapi saya sudah tidak tahan menanggung kesakitan ini. Sekarang Alhamdulillah selepas dipotong, saya tak rasa sakit lagi," katanya yang menghidap menyakit itu sejak berusia 12 tahun.
Shafie yang tinggal di Kampung Kuala Sungai Baru berkata, kini segala pergerakannya dibantu isteri, Hasnah Puteh, 54.
“Kalau isteri sibuk dengan kerja rumah saya akan cuba berjalan sendiri dengan menggunakan tongkat,” katanya.
Menurutnya, kini dia juga tidak mampu bekerja dan segala keperluan keluarganya ditanggung anaknya.
"Saya ada lima anak dan kesemuanya hanya kerja nelayan. Mereka hanya bantu kami setakat yang mampu saja.
"Oleh itu, saya ingin memohon bantuan pihak berkenaan bagi meringankan beban keluarga kami," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun Agrobank (2005201000079402) atas nama Shafie Omar.
Sumber: Sinar Harian