Teka-Teki Siapa Setiausaha Politik MB Kedah Bakal Terjawab

ALOR SETAR - Teka-teki mengenai individu yang bakal dilantik sebagi Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah dijangka bakal terjawab tidak lama lagi dan menamatkan beberapa spekulasi berhubung individu yang bakal dipilih ke jawatan itu.

Spekulasi sebelum ini memetik nama beberapa individu bagi jawatan berkenaan termasuk Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin, Setiausaha Kerja Barisan Nasional Negeri Kedah, Datuk Ariffin Man dan beberapa nama lain.

Menurut sumber, pelantikan bagi jawatan tersebut dijangka diadakan serentak dengan majlis angkat sumpah yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan.

Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi mengenai individu yang bakal dipilih dan menyebabkan pelbagai spekulasi tersebar mengenainya.

Difahamkan bahawa perlantikan bagi jawatan Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar terpaksa disaring dan diteliti dengan lebih berhati-hati bagi mengelak berlaku isu yang melanda bekas Menteri Besar sebelum ini, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Dilaporkan ramai pemerhati politik Kedah yang mendakwa Mukhriz sebelum ini gagal menguasai politik Kedah disebabkan penyandang dua jawatan berkenaan sehingga hilang sokongan parti dan memaksa beliau tersingkir dari jawatan Menteri Besar kira-kira sebulan lalu. -Kedahnews.com