PENGLIBATAN pelakon Norman Hakim dalam dunia bina badan seumpama membuka pintu rezeki baharu baginya apabila dia menerima banyak tawaran untuk jadi model pakaian sukan yang melekap di badan.
Malah Norman akui, dirinya telah menerima satu tawaran menjadi model seluar dalam bagi jenama terkemuka dari luar negara.
Bagaimanapun, Norman memberitahu dia menolak tawaran tersebut kerana sebagai seorang yang beragama Islam dia mempunyai batas yang perlu dijaga dan dihormati.
“Kalau nak fikir dari segi membina rangkaian kerjaya baharu, tawaran itu sememangnya bagus. Tetapi saya tidak akan memakai pakaian bersaiz kecil seperti seluar dalam,” katanya.
Norman turut menjelaskan, setiap gambarnya yang dimuat naik di laman sosial turut dipastikan adalah gambar yang menutup aurat.
“Gambar yang dimuat naik ke laman sosial pun saya pakai pakaian yang menutup aurat sehingga ke bawah lutut,” ujarnya. – Kedahnews.com