ACARA berprestij Anugerah Berita Harian Bintang Popular ke 29 (ABPBH29) yang akan berlangsung Mei depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kian rancak dipromosikan.
Tema yang diketengahkan untuk tahun ini iaitu #RESPEK yang membawa maksud menghormati, menyanjung, mengiktiraf dan menghargai individu atau sesuatu perkara itu dianggap bertepatan dengan industri seni yang mahu karya penggiatnya diterima, dihargai dan dihormati.
Lebih 250 selebriti dan personaliti tanah air bersaing dalam 13 kategori utama selain calon yang tersenarai dalam Top 5 artis bagi setiap kategori, pada tahun ini.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kelainan jelas dalam senarai pencalonan ABPBH 29, antaranya Fara Fauzana atau Fafau tidak tercalon dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan.
Nama Fafau tidak lagi tercalon dalam kategori yang pernah dimenangi olehnya pada ABPBH lepas iaitu Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.
Walaupun demikian menurut Fafau kepada sebuah portal berita, perkara itu sedikit pun tidak mengganggu fikirannya kerana dia sendiri mahu membuka peluang kepada bakat-bakat baru untuk berkecimpung dalam arena pengacaraan.
Pengacara Muzik-Muzik 31 (MM31) ini dilaporkan berkata, dia telah menceburkan diri dalam bidang baharu iaitu mengasah bakat-bakat pelapis dalam pengacaraan televisyen. Itulah juga salah satu mengapa dia meninggalkan stesen radio HOT FM setelah hampir satu dekad mengendalikannya.
“Saya telah lama menjadi perhatian ramai. Sudah tiba masanya untuk saya memberi peluang kepada pendatang baru untuk bersinar,” ujarnya.
Antara tiga muka baharu yang kini bergandingan dengan Fafau dan Fizie HOT FM mengacarakan MM31 ialah Janna Nick, Juzzthin dan Zooey. –Kedahnews.com
Tema yang diketengahkan untuk tahun ini iaitu #RESPEK yang membawa maksud menghormati, menyanjung, mengiktiraf dan menghargai individu atau sesuatu perkara itu dianggap bertepatan dengan industri seni yang mahu karya penggiatnya diterima, dihargai dan dihormati.
Lebih 250 selebriti dan personaliti tanah air bersaing dalam 13 kategori utama selain calon yang tersenarai dalam Top 5 artis bagi setiap kategori, pada tahun ini.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kelainan jelas dalam senarai pencalonan ABPBH 29, antaranya Fara Fauzana atau Fafau tidak tercalon dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan.
Nama Fafau tidak lagi tercalon dalam kategori yang pernah dimenangi olehnya pada ABPBH lepas iaitu Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.
Walaupun demikian menurut Fafau kepada sebuah portal berita, perkara itu sedikit pun tidak mengganggu fikirannya kerana dia sendiri mahu membuka peluang kepada bakat-bakat baru untuk berkecimpung dalam arena pengacaraan.
Pengacara Muzik-Muzik 31 (MM31) ini dilaporkan berkata, dia telah menceburkan diri dalam bidang baharu iaitu mengasah bakat-bakat pelapis dalam pengacaraan televisyen. Itulah juga salah satu mengapa dia meninggalkan stesen radio HOT FM setelah hampir satu dekad mengendalikannya.
“Saya telah lama menjadi perhatian ramai. Sudah tiba masanya untuk saya memberi peluang kepada pendatang baru untuk bersinar,” ujarnya.
Janna Nick, Juzzthin dan Zooey |