Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor |
KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pembangkang bagi menggerakkan kempen mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan boleh mencalarkan nama dan imej Malaysia.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tindakan seumpama itu amat buruk dan tentu kesannya bukan saja kepada nilai kepimpinan negara tetapi juga parti, kerajaan dan negara di peringkat antarabangsa.
“Tindakan sedemikian tidak sewajarnya berlaku apatah lagi diketuai individu bergelar negarawan, pernah menjadi ketua negara, memegang tampuk pentadbiran dalam tempoh yang panjang dan memahami selok-belok politik serta kepemimpinan.
“Lebih dari itu, tindakan Dr Mahathir yang sanggup senada dengan pemimpin DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) lain yang selama ini memberi pelbagai label negatif kepada beliau juga sesuatu yang memeranjatkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak bermuhasabah dengan membuat penilaian dan melihat bagaimana liciknya permainan politik yang sudah menukar kawan menjadi lawan serta sebaliknya demi untuk agenda tertentu.
“Semoga kita dihindarkan dari tindakan keji sedemikian dan terus dipelihara dalam melaksanakan tanggungjawab yang dipikul. Atas nama UMNO, marilah kita teruskan tekad untuk agenda Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat,” katanya.

Sumber: Berita Harian