Baru-baru ini, selebriti jelita Neelofa ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia mulai risau jika tidak bertemu jodoh menjelang usia 30 tahun.
Susulan dari kenyataan itu, dia berkongsi citarasanya tentang calon suami dengan lelaki yang menjadi pilihannya itu mestilah seorang yang matang dan memiliki keperibadian yang tinggi.
“Dahulu, teman lelaki saya ada yang lebih tua 20 tahun dari saya, namun usia atau status bukan ciri-ciri lelaki pilihan. Saya lebih suka lelaki yang matang dan ada keperibadian yang tinggi," katanya.
Kata Neelofa, dia tidak berniat untuk bersikap memilih, namun itulah antara ciri-ciri utama akan menentukan masa depannya apabila bergelar isteri nanti.
“Saya tidak letak sebarang syarat usia tapi bila makin mendekati umur 30 tahun, saya sedikit risau. Saya bukan memilih tapi ciri-ciri utama adalah penting bagi menentukan masa depan dan kehidupan saya kelak," katanya lagi.
Walau bagaimanapun, jelitawan yang kini bergelar jutawan itu menegaskan dia tidak akan gelojoh dalam soal perkahwinan.
Dia turut mengaku tentang ego yang ada pada dirinya dan kerana itulah kematangan menjadi satu syarat utama bagi lelaki yang berhasrat menjadi "raja" di hatinya.
“Saya tak mahu membuat keputusan yang terburu-buru dalam soal kahwin. Saya ada ego saya sendiri dan sebab itu saya mahukan lelaki yang matang sebagai syarat utama dalam pencarian teman hidup”, jelasnya.
Neelofa juga memberitahu bahawa dia perlu bijak mengawal dirinya kerana dia lebih suka menguasai perhubungannya bersama lelaki. –Kedahnews.com