Gambar Hiasan |
Pastinya juga tempoh masa penggunaan penghawa dingin di rumah kita adalah berlebihan dari kebiasaan sebelum ini.
Namun begitu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak lokek untuk berkongsi beberapa tips yang boleh diikut bagi menjimatkan penggunaan elektrik di rumah pengguna.
TNB turut menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering.
Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.
Enam tips berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:
- Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.
- Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
- Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.
- Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
- Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)
- Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.
Petua Kami : Pada waktu malam, buka juga kipas dan set timer pada penghawa dingin. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam. Jangan membazir elektrik, nanti bertambah ‘panas’ pula nak membayarnya.
Jika penghawa dingin rumah anda tiba-tiba kurang sejuk, mungkin sudah tiba masa untuk diservis. Apapun, dapatkan nasihat dari mereka yang pakar. -Kedahnews.com
Jika penghawa dingin rumah anda tiba-tiba kurang sejuk, mungkin sudah tiba masa untuk diservis. Apapun, dapatkan nasihat dari mereka yang pakar. -Kedahnews.com