ALOR SETAR - Seorang peminat Hijau Kuning yang begitu teruja selepas pasukan kesayangannya berjaya menewaskan Kelantan, malam Selasa lalu, kecewa sebaik sahaja melihat motosikal yang diparkir berdekatan Stadium Darul Aman lesap ketika hendak pulang.
Mangsa, Abd Hadi Ismail, 23, dari Kampung Alor Senjaya, Titi Gajah meletakkan motosikal Yamaha 135LC warna hitam dalam keadaan berkunci di kawasan meletak motosikal yang dibenarkan bertentangan sebuah kuil, sekitar 8.45 malam.
Abd Hadi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Su berkata, setelah tamat perlawanan sekitar 11.00 malam, dia terkejut apabila motosikal itu tiada di tempatnya.
“Saya rayu kepada pencuri itu supaya pulangkan motosikal milik abang saya itu. Saya sanggup beri dia sagu hati, asalkan dia pulangkan. Motor itu milik abang, jadi saya terpaksa bayar nilai motosikal itu kepada abang,” katanya.
Rayuannya itu turut dimuat naik di laman Facebook miliknya, dan dalam sekelip mata menjadi viral apabila dikongsi lebih 12,200 orang, yang ingin membantunya mendapatkan semula motosikal terbabit.
Kenyataannya menyebut; “Motor Pak Su hilang malam game Kedah vs Kelantan. Kepada pencuri motor Pak Su, kalau terbaca Pak Su merayu tolong bagi la balik. Nak duit xpa Pak Su bagi takat mampu. Tapi tolonggg laa, tu bukan motor Pak Su, motor abang Pak Su.
"Mana nak cekau 7-8 ribu nak bayar? Tolong la 014 7439045 wasap mai kita bincang elok2. Aku nak kawen weiiii nak himpun duit nak menega (berniaga) bulan posa (puasa). Bila jadi macam ni habis celaru. Call mai habaq nak berapa Pak Su bagi takat mampu.
"Sekali lagi merayu sangat2. Mohon jasa baik semua rakyat Malaysia terutamanya Kedah!! SEBARKAN biar sampai kepada pencuri tu. Kepada pencuri sekali lagi Pak Su rayu kat hang, kalau xdak kerja mai kerja dengan Pak Su, cukup untuk hidup & tak kacau orang.”
Abd Hadi berkata, pada malam kejadian, dia sudah berasa tidak sedap hati, namun memutuskan meminjam motosikal abangnya kerana sudah lewat untuk ke stadium.
“Pada malam itu, ketika berjalan ke kawasan parkir motosikal, saya nampak sekumpulan melihat sebuah motosikal yang dikopak namun tidak berjaya dikebas. Jaraknya lebih kurang satu meter dari tempat motosikal saya,” kata anak bongsu tujuh beradik itu.
Alangkah terkejutnya apabila sampai ke tempat parkir, dilihatnya motosikal dinaikinya turut tiada.
“Waktu itu saya kelu, kaku dan gelisah. Sehingga ada seorang lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Orang ramai berdekatan turut bantu mencari di sekitar kawasan, namun sehingga kini belum dijumpai,” katanya, yang berniaga Aiskrim Kifayah Titi Gajah, berdekatan Jalan Gangsa.
Menurutnya, dia turut terdengar rungutan orang ramai yang turut kehilangan topi keledar dan motosikal pada malam itu.
"Tujuan saya sebar kejadian ini adalah supaya pencuri itu dengar dan fahami perasaan mangsa kecurian. Tindakan itu sangat tidak wajar, sebab banyak kerja lain yang dia boleh buat. Saya tidak berhasrat aniaya pencuri itu jika mahu pulangkan motosikal, malah saya sedia bantu dia,” katanya.