Datuk Hassan Mahmood |
KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Kelantan menyelar tindakan bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang mencabar presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meletakkan jawatan.
Ketuanya, Datuk Hassan Mahmood berkata, sebagai ahli Pas, Husam sepatutnya tidak bertindak sedemikian sehingga sanggup mencabar kredibiliti Abdul Hadi.
“Bagi saya tidak patutlah, macam mana dia sebagai ahli Pas meminta presiden meletakkan jawatan. Tidak patut dan tidak wajar.
“Sepatutnya dia (Husam) bukan minta (Hadi) letak jawatan tetapi memberi sokongan kepada presiden,” katanya kepada media sekejap tadi selepas menghadiri hari pertama Sidang Dun Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.
Mengulas lanjut, sebagai sesama ahli dalam parti, Husam tidak sepatutnya membuat kenyataan secara terbuka dan jika ada perkara-perkara yang tidak sealiran dengan pendapat beliau, ia boleh dibincangkan.
“Saya tidak mahu kata dia melampau tetapi cabaran itu tidak sesuai sebagai seorang anggota parti,” katanya.
Sumber: Sinar Harian