VIDEO: Ini Bilik Asrama Perempuan Atau Tempat Pembuangan Sampah?


Media di negara China digemparkan dengan sebuah rakaman video yang menunjukan sebuah bilik asrama pelajar perempuan yang sangat kotor.

Video berkenaan yang sengaja diberi tajuk ‘Bilik Asrama Perempuan Paling Kotor’ telah dimuat naik beberapa hari yang lalu dan menjadi viral di laman sosial.

Dengan tersebarnya video berkenaan ternyata ungkapan yang menyatakan perempuan lebih mementingkan kebersihan berbanding lelaki menjadi persoalan.


Umumnya, masyarakat beranggapan kononnya golongan wanita sangat mementingkan kebersihan berbanding golongan lelaki.

Namun begitu, rata-rata netizen yang menonton video berkenaan hairan dan pelik tentang bagaimana penghuni bilik itu mampu berada dalam keadaan sedemikian.

Wanita yang merakam keadaan bilik itu berkata;

“Bilik ini berbau sangat busuk menyebabkan dua orang bertindak keluar dari bilik itu.”


Pendedahan ini nyata membuka mata sesetengah netizen yang percaya bahawa bilik wanita adalah lebih bersih berbanding lelaki.

Antara lelaki dan wanita pasti ada yang bercanggahan dan perbedaan itulah yang menjadikan golongan lelaki dan wanita sebagai ‘istimewa’.

Namun tidak semua lelaki dan wanita yang mempunyai tabiat sedemikian. Ada sahaja dalam kalangan genders ini yang mementingkan kebersihan dan kekemasan melainkan mereka itu orang yang pemalas. –Kedahnews.com