VIDEO: Pak Arab "Prank" Jadi Pengebom Berani Mati Bawa Teksi


RIYADH – Seorang lelaki tempatan menyamar menjadi pemandu teksi yang bertindak sebagai pengebom nekad untuk mempersendakan penumpangnya dalam sebahagian daripada sebuah program televisyen di Arab Saudi.

Menurut laporan akhbar Gulf News, rakaman video lucu itu menunjukkan pemandu teksi tersebut, menyelak bajunya dan mendedahkan sesuatu yang menyerupai bahan letupan ada dilekatkan pada bahagian pinggangnya.

Pemandu rancangan ‘prank’ itu kemudian memberitahu penumpangnya: “Saya mahu membawa anda masuk ke dalam syurga bersama-sama dengan saya” sehingga menyebabkan ada antara mereka mengambil tindakan drastik.

Rakaman video di bawah ini menunjukkan adegan seorang remaja lelaki yang menjadi mangsa lakonan pengebom berani mati itu ketika menaiki teksi tersebut dan duduk bersebelahan dengan si pemandu ‘pelakon’ berkenaan.


Pada mulanya keadaan seperti biasa namun, setelah pemandu ‘lagak ngeri’ itu mendedahkan ada bahan letupan di pinggangnya, remaja berkenaan menangis dan merayu-rayu meminta agar segera diberhentikan kenderaan itu.

Pemandu teksi tersebut kemudian memberitahu si penumpang mengenai rakaman TV yang sedang berlangsung dan remaja terbabit yang menyedari menjadi mangsa ‘lakonan’ selepas itu kelihatan baharu menarik nafas lega.

Meskipun begitu, remaja berkenaan dilihat terus menangis buat seketika mungkin akibat ketakutan jika kejadian dramatik itu benar-benar adalah insiden realiti yang memang tidak dijangka mangsa kebanyakan orang awam.

Menurut laman tempatan Al-Alam, gurauan sedemikian dilakukan bagi menunjukkan “budaya negatif fahaman pelampau dan membendung pemikiran anak muda Arab Saudi daripada menyertai kumpulan ekstremis Daesh”.


Meskipun sebahagian kecil penonton televisyen mungkin dapat menerima gurauan itu, ada juga sebilangan lain berasa takut sekiranya aksi drama lakonan spontan tersebut adalah peristiwa sebenar. – Agensi