Sirul Azhar Umar |
PETALING JAYA - Pihak berkuasa Australia mendapati tiada bukti jelas bahawa bekas komando polis, Sirul Azhar Umar merakam atau mengedarkan video dari dalam Pusat Tahanan Imigresen Villawood (VIDC), iaitu lokasi dia ditahan.
Perkara itu disahkan jabatan itu menerusi kenyataan pada program 60 Minutes Australia di laman webnya pada Ahad.
Ia berkata, penampilan peribadi Sirul Azhar yang disabitkan dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, pakaian, latar belakang dan ciri-ciri tempat duduk dalam video berkenaan tidak wujud di pusat tersebut.
"Tidak ada bukti yang menunjukkan pengunjung boleh menyeludup pakaian dan latar belakang untuk membolehkan video itu dirakamkan.
"Aktiviti seperti ini tidak selaras dengan proses pemeriksaan dan peraturan pengawasan untuk lawatan ke pusat itu," kata kenyataan itu.
Sirul Azhar melarikan diri ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati pada tahun 2014.
Australia berkata pihaknya tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk mengekstradisi Sirul kecuali Malaysia memberi jaminan dia tidak akan berhadapan hukuman.
Dalam video, Sirul Azhar menafikan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantunya.
Sumber: mStar