Mungkin ramai suami menyangka adalah amat mudah dan sangat ringan bagi isteri yang bergelar suri rumah tangga sepenuh masa.
Ada yang mengandaikan mereka sempat berehat, menikmati makanan sambil menonton rancangan televisyen kegemaran dan bergolek tidur di atas tilam yang empuk semasa para suami keluar mencari rezeki di luar.
Ada pula suami yang beranggapan tugas harian mereka lebih memenatkan ekoran terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga masing-masing.
Kerana itu, mungkin ramai yang hairan bila mendengar luahan dan keluhan isteri yang mengadu penat walaupun hanya berperanan sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.
Bagi para suami di Malaysia, Kedahnews.com siarkan sebuah rakaman video di bawah yang memaparkan pengorbanan seorang isteri bergelar suri rumah di sebuah negara maju, di Tokyo, Jepun.
Video di bawah telah viral ditonton sebanyak 1,569,557 kali sejak dimuat naik di internet pada 9 Mac baru-baru ini.
Tontonlah sepuas-puasnya dan ulanglah beberapa kali untuk memahami jerih payah seorang isteri yang sebelum ini anda lemparkan pelbagai persepsi terhadapnya.
Paling utama, hargailah mereka sebagai sebahagian jiwa yang melengkapi hidup anda untuk seumur hidup.
Buat isteri-isteri di Malaysia, teruskanlah kerja murni anda semua kerana Allah SWT menjanjikan syurga bagi mereka yang melayan suami mereka bagaikan raja. -Kedahnews.com