"Terkejut besar", mungkin itulah yang dirasai oleh pengguna lebuh raya di Doha, Qatar apabila mereka melihat kelibat seekor harimau belang yang sedang berkeliaran di atas jalan raya, bagai tersesat dari habitat semula jadinya.
Gambar-gambar dan video yang viral menerusi laman sosial tempatan menunjukkan binatang liar berkenaan seolah-olah kebingungan dan keliru setelah ia tiba-tiba terjatuh dari sebuah lori pengangkut haiwan.
Mamalia keluarga kucing itu dilaporkan berkeliaran antara kereta yang berada di lebuh raya domestik itu. Harimau tersebut dilihat memakai rantai dan berkemungkinan ia adalah haiwan peliharaan seseorang.
Menurut beberapa pengguna laman Twitter, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan pada Selasa (8 Mac), namun tidak dapat dipastikan bagaimana ia mula berlaku.
Mujur tiada kemalangan dilaporkan berlaku sepanjang mamalia itu santai ‘lepak’ atas lebuh raya ibu kota Qatar itu dan semua pemandu terpaksa berhati-hati untuk mengelak terlanggar haiwan tersebut.
Harimau tersebut kemudiannya berjaya ditangkap dan kelihatan empat orang lelaki menolaknya kembali ke dalam lori berkenaan lapor BBC NEWS.
Masih menjadi tanda tanya siapa pemilik Pak Belang berkenaan. Walau bagaimanapun, ia dipercayai dimiliki oleh golongan hartawan yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.
Namun menurut seorang kolumnis, Sultan Al-Qassemi dalam tweetnya, keterujaan dalam kalangan anak-anak hartawan memelihara haiwan liar kian melampau. -Kedahnews.com