Wolverine: Jadi Hero Di Dalam Dan Di Luar Filem

Wolverine
AKTOR kelahiran Australia, Hugh Jackman yang terkenal melalui watak Wolverine dalam filen The X-Men mendapat perhatian ramai apabila dilaporkan menyelamatkan anaknya dan perenang lain di sebuah pantai.

Kejadian yang berlaku di pantai Bondi, Australia itu dilaporkan melalui portal berita 9NEWS. Satu rakaman menunjukkan pelakon berkenaan berjaya mencapai lengan seorang lelaki dan menariknya ke pesisir pantai.

Hugh Jackman
Kemudian Jackman kembali untuk mendapatkan pula anaknya, Oscar, 15 tahun; daripada dibawa arus deras dalam insiden dramatik pada Sabtu minggu lalu.

Lucunya, lelaki yang diselamatkan oleh Jackman dikenali sebagai Peter Adam berkata, dia sebenarnya cuba menyelamatkan anak perempuan pelakon itu sebelum lengannya ditarik oleh Jackman.


Pengawal keselamatan pantai turut dikerah untuk membantu dalam operasi menyelamat itu mengunakan papan luncur dan jet ski.

Pelakon ini yang baru sahaja habis mempromosikan filem terbaharunya Eddie The Eagle memiliki sebuah apartment bernilai A$5.9 juta di perairan pantai itu.

Dia sering kelihatan menghabiskan masa di sana bersama-sama dengan isterinya Deborra Lee Furness.

Keberanian pelakon yang bertubuh sasa ini mendapat pujian daripada netizen melalui aplikasi Twitter. –Kedahnews.com