2 Pengguna FB Melayu Suka Institusi Kesultanan Di Malaysia Lenyap


Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun bernama Faijal Udin mengatakan dia lebih suka institusi kesultanan dihapuskan di Malaysia.

Memberi pandangan di ruangan komen di laman page Kedahnews.com, Faijal berpendapat bahawa rakyat di negara ini tidak memerlukan institusi kesultanan kerana 'kebanyakan' Raja-Raja Melayu tidak memperjuangkan nasib rakyat.

"Saya lebih suka jika institusi kesultanan dinegara ini lenyap sebab tiada keperluan kepada rakyat keseluruhannya kerna kebanyakan RAJA tidak memperjuangkan nasib rakyat dan sentiasa senyap dlm pelbagai isu...," tulis Faijal Udin, tanpa rasa bersalah.


Berdasarkan maklumat profile di akaun Facebooknya, Faijal Udin dipercayai berasal dari Kampung Kuala Besut, Terengganu dan pernah menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebelum ini.


Komen Faijal Udin kemudiannya disokong oleh seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan akaun bernama "DaudChain Firdaus".


Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mereka berdua itu benar menggunakan profile asal atau hanya sekadar 'akaun palsu' (fake account).

Mereka menulis komen berkenaan di satu laporan Kedahnews.com bertajuk "Wujud Sejak 1136, Pertahan Institusi Kesultanan Kedah - Titah Agong" yang disiarkan pada 3 April lalu, membabitkan titah Yang DiPertuan Agong supaya setiap Ahli Jemaah Dato-Dato Negeri Kedah menjaga dan mempertahankan institusi kesultanan negeri itu.

Kedahnews.com memandang serius kenyataan "melenyapkan institusi kesultanan di Malaysia' seperti yang dinyatakan itu ekoran ia jelas sekali bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukunegara yang didokong oleh setiap warga Malaysia. -Kedahnews.com